Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan kepada seorang peniaga atas pertuduhan memukul dan mengugut bunuh isterinya.
Difahamkan, kejadian berpunca hanya disebabkan isterinya menyuruh tertuduh untuk menghantar anak mereka sekolah.
Tertuduh, Mohd Shahril Md Ross, 38 tahun, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shahril bertindak menampar dan menumbuk isterinya yang juga berusia 38 tahun, di kepala dan muka serta ditendang di belakang badan sehingga mendatangkan kecederaan.
Tertuduh turut mengugut membunuh mangsa dengan sebilah pisau.
Perbuatan itu dilakukan di rumah pasangan tersebut di Gong Badak, Kuala Nerus pada 8 Feb tahun lalu.
Mohd Shahril didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.
Astro Awani
Thu Feb 07 2019
Mohd Shahril diiringi polis ketika di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. - Astro AWANI
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Wanita dibelasah suami gara-gara tak maklum bawa anak ke klinik
Berang isteri tidak memaklumkan untuk membawa anak mendapatkan rawatan di klinik, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya.
Didakwa belasah isteri hingga mati, bapa empat anak dihadap ke mahkamah
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Wanita dibelasah suami hanya kerana minta bayar yuran sekolah anak
Mangsa berusia 39 tahun itu dilapor dipukul dengan kerusi dan rak perkakas dapur.
Belasah isteri sampai terjatuh ke jalan, bapa muda dihukum penjara
Tertuduh didapati mendatangkan cedera kepada isterinya Norfatin Shafiqa Rosli, 24 tahun dengan cara memukul di badan dan kaki mangsa.
Belasah isteri kerana disuruh hantar anak ke sekolah
Seorang peniaga dituduh menampar, menumbuk, menendang dan mengugut bunuh isterinya hanya kerana disuruh menghantar anak ke sekolah.
Isteri dalam pantang dibelasah suami cemburu
Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kangar